← Kembali ke Maxplux
Polisi Penghantaran & Pemulangan
Maxplux Foods Sdn Bhd (1378996-W) · Dikemas kini: 18 Oktober 2026
1. Penghantaran
- Pos percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia.
- Sabah, Sarawak & Labuan: kos pos RM20 untuk semua pakej. Bayaran melalui transfer bank sahaja.
- Pesanan biasanya dihantar dalam 1 hari bekerja. Anggaran sampai 2–4 hari bekerja (Semenanjung) dan 3–7 hari bekerja (Sabah, Sarawak & Labuan). Tempoh sebenar bergantung kepada syarikat kurier.
- Jika anda memilih tarikh terima, kami akan pos supaya barang sampai sekitar tarikh tersebut. Tarikh sampai ialah anggaran dan bergantung kepada kurier.
- Bayar bila barang sampai (COD) tersedia di Semenanjung, tanpa caj tambahan.
2. Barang rosak atau salah
Jika barang sampai dalam keadaan rosak semasa penghantaran, atau anda menerima barang yang salah, kami akan gantikan dengan barang baru secara percuma, termasuk kos penghantaran.
Syarat tuntutan:
- Hubungi kami di WhatsApp 011-6072 0689 dalam masa 7 hari selepas barang diterima.
- Sertakan nombor pesanan (bermula MX…).
- Sertakan video membuka bungkusan yang dirakam secara berterusan tanpa suntingan, bermula dari bungkusan yang masih tertutup sehingga barang dikeluarkan, serta gambar barang.
- Tuntutan tanpa video membuka bungkusan tidak dapat diproses.
- Barang ganti akan dihantar selepas tuntutan disahkan.
3. Pemulangan
Maxplux ialah produk makanan. Atas sebab kebersihan dan keselamatan makanan, kami tidak menerima pemulangan untuk barang yang telah dibuka atau atas sebab tukar fikiran, kecuali seperti di Bahagian 2.
4. Pembatalan pesanan
Pesanan boleh dibatalkan tanpa caj sebelum barang dihantar. WhatsApp kami secepat mungkin. Jika anda telah membuat bayaran, jumlah penuh akan dipulangkan ke akaun bank anda.
5. Harga khas & hadiah
- Harga khas sambung Pek Cuba (RM30 ditolak) hanya untuk pelanggan Pek Cuba yang membeli mana-mana Pouch melalui link khas, dengan nombor telefon yang sama, dalam tempoh 7 hari dari tarikh link dihantar. Untuk pembelian 1 Pouch ke atas sahaja. Sekali sahaja bagi setiap pesanan Pek Cuba.
- Pelanggan lama (nombor telefon yang sama, pesanan terdahulu telah dihantar) mendapat 5 sachet percuma setiap kali membeli semula, kecuali pesanan yang menggunakan harga khas sambung.
- Bonus 3 sachet untuk bayaran transfer bank terpakai bagi pakej 1 Pouch ke atas.
6. Notis Privasi (PDPA 2010)
- Data yang dikumpul: nama, nombor telefon, alamat penghantaran, pilihan pakej & cara bayaran yang Tuan/Puan isi dalam borang. Nombor telefon mungkin disimpan sebaik sahaja diisi, supaya kami boleh bantu jika pesanan tidak lengkap.
- Tujuan: memproses, mengesahkan & menghantar pesanan, menghubungi Tuan/Puan tentang pesanan (termasuk melalui WhatsApp), dan peringatan berkaitan produk yang dibeli.
- Pendedahan: kepada syarikat kurier untuk penghantaran sahaja. Kami tidak menjual data peribadi.
- Iklan & analitik: laman ini menggunakan Meta Pixel untuk mengukur prestasi iklan. Jawapan semakan lutut tidak dihantar kepada Meta.
- Akses, pembetulan & berhenti dihubungi: hubungi kami di WhatsApp 011-6072 0689 atau maxpluxfoods@gmail.com.
7. Hubungi kami
Maxplux Foods Sdn Bhd (1378996-W)
Alamat: 18, Jalan Perwira, Taman Perwira Indah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
E-mel: maxpluxfoods@gmail.com
WhatsApp: 011-6072 0689
Laman web: maxplux.com.my